ISAYONG FOOD INDUSTRIES (M) SDN BHD telah didaftarkan pada 6 hb April 2001, sebelum dan sehingga kini syarikat ini dikenali sebagai KAK YONG MARKETING & SERVICES dan KAK YONG CAKE HOUSE. Syarikat kami telah pun beroperasi lebih 11 tahun dan terlibat dalam penghasilan produk makanan HALAL secara komersil dalam dan luar negara.
Teras kepada tanggungjawab kami ialah untuk terus menghasilkan serta mengeluarkan produk keluaran makanan yang terbaik dan bermutu tinggi kepada pengguna dan pelanggan. Target segmen kami adalah pengguna Islam di Rantau Asia khususnya dan seluruh dunia amnya.
KEPAKARAN
ISAYONG merupakan syarikat bumiputera Islam yang memiliki kepakaran dalam menghasilkan produk makanan berupa sneks pilihan keluarga seperti coklat, cookies, kek dan bakeri. Sehingga kini ISAYONG telah pun berjaya membekalkan produk secara komersil kepada pengguna dalam dan luar negara.
PENGIKTIRAFAN
Sepanjang 11 tahun beroperasi pelbagai pengiktirafan telah diterima antaranya 1 MALAYSIA BEST, JOHAN PRODUK INOVASI kategori pembuatan bagi produk BANANA CHOC, JOHAN PRODUK PEMBUATAN bagi peringkat negeri Pahang produk SHORT BREAD.
.jpg)
.jpg)